Wednesday, December 05, 2007
pula oh pula..
Friday, October 26, 2007
Wednesday, June 13, 2007
jodoh dan pertemuan...
Mendengar rintihan sianak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat sI puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh.
Namun sayang usaha siibu tidak juga menampakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nampak batang hidungnya. Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa menjadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?â€
Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja sijejaka telah berhasil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apasan dan kesan.... Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengatakan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau." (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman)
AI-Qur'anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani Ma'zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali...†Yang dimaksud AlQur'an dengan 'wanita pengurai benang yang telah dipintal' tidak lain adalah Rithah AlHamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhum tersebut.
Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat†. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.
Episod Rithah juga mengajar kita ununtuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau ibu Rithah bendatangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapatkan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sendiri telah berfirman: "Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. "(QS. 2:186) Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".
lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap 'sabar' dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, "Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu', iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya".
Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a'lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah jodoh malah membuat kehidupan selepas apanikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang.
Di samping itu kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring adadengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya.
Kisah gadis Bani Ma'zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabk an. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. "Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216)
Akhir sekali kisah Rithah memberikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia 'gila sasau'. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah) .. " (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.
Seorang penyair dari Seberang yang terkenal Khairil Anwar pernah menulis puisi:
Tuhanku
Dalam termangu. Aku masih menyebut namaMu
Walau susah
sungguh
Mengingat kau penuh seluruh
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Remuk
Tuhanku
Di pintuMu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling
(dari petikan puisi ‘DOA’ - Khairil Anwar)
Wallahua'lam bisshawab
Thursday, May 31, 2007
lina joy kalah
30 MEI 2007 / 14 JAMADIL AWWAL 1428H
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengalu-alukan keputusan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang dengan RahmatNya mahkamah telah mencapai keputusan sedemikian. PEMBELA menyambut baik keputusan tersebut dan penuh yakin bahawa keadilan telahpun dilaksanakan oleh mahkamah yang mulia melalui keputusan tersebut.
PEMBELA berpandangan sedemikian kerana keputusan ini merupakan satu bentuk pengukuhan sekaligus mendaulatkan kedudukan Islam dan Mahkamah Syariah dalam sistem perlembagaan dan perundangan negara.
Sesungguhnya kedaulatan tersebut merupakan satu hakikat sejarah yang telah disepakati oleh rakyat negara ini dan telah dilaksanakan sejak sebelum kemerdekaan negara lagi. Bahkan kedudukan Islam dan status mahkamah syariah tetap terus diperakui 50 tahun selepas kemerdekaan. Kemampuan negara mengekalkan rekod yang baik dalam hubungan majmuk antara kaum dan kepelbagaian agama dalam konteks pembinaan negara sejak 50 tahun selepas kemerdekaan tampak menyerlahkan lagi hakikat keberkesanan formula tersebut.
school holiday
salam...cotti skulah datang lagi...media elektronik menyajikan berbagai-bagai cerita buat mereka yang memang bercoti..memang duk tlenggok kak umah yah...erm...buke nak oyaps pasa coti gok..tok tau nok oyat gapo benanyo kih byk lajop nop oyap sapa xtau nak oyap gapo....semimgu dua ni berat yah palo...sakik ati...heppi...bercampor baur menjadikannya taktau apow....ramai doh jd mangsa aku meluahkan segalanya..biarla masa menyelesaikan sesuatu masalah yg tak dapat diselesaikan oleh kita sdiri key....
lowni aku duk jago keda pok daro kat subang...pg kemarin sapa....puah nak mampoh...mujur la ado pc nge ps2...ramai bdop2 duk main..sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress...hehehe....keda ni br buko 2 bulan yah....asalnya stationary...tp bahagi partition untuk ps2 nge cybercafe...dohla duk depe perumahan....pagi buto ag budop2 duk manggil nak main game....teringat yah jamey aku buko cc dlu...lagu ni la duk perey nge bdop2 busup....toktau nak wak gapo..baik la aku isikan dgn nulis blog ni deh....buleh la sipey wak tatapey anop2 seksok...hahahaah!!saknis saem tlepum...oyat tadop tiket nak pulam ke kb...gerun doh nak naek bus tambahey...takuk patoh pinggey yah....
sek kapom duk manggil doh...puak2 pakatey pulam dos...nop wak projek apo la coti ni...time skul oliday ni yahla bleh bersama rakan2 guru yam laem.....bdop2 koho ramai nis...serabuk dohla pulop....adula....ma aku oyap nak mai ni....from shah alam nge syipak n e ab....br sapa pg td yah....aku hajat nak kelik ptg ni dos...tokleh weh duk jauh lamo2 ni.....bkpo la....haish.....yak smaley 2 butir dos pc berjaya dibaiki dgn jayanya....sapa sini smaley puko 12.30 kat sg buloh naik train last..pok daro aku g amek....sapa keda dio duk bual sapa puko 3....byk lajop critow...duk plepah...plepah n plepah.....ikuk herey xabes....sambum plop pg ni....hahahaha....naka2.....ganah2....
esok zuher wak bekwoh....nikoh pulop la soram ag saem aku....3 sapa 7 ni ado majlis tilawah peyatim malaysia...buat kat usm kbg kerian...kena jd urusetia...pastu 8 sapa 11 kena g s.alam pulop...ado tamrin Abim.....ngatuk la pulop....nak g jumaat metar......
Monday, May 28, 2007
Selamat Hari Guru 2007
27 Mei 2007, bertempat di Dataran SRI ABIM Al-Hikmah Kota Bharu, Sambutan Hari Guru Kebangsaan YTP-ABIM (Yayasan Takmir Pendidikan ABIM) kali ke 2 ,2007 telah di jayakan dengan meriahnya dengan kehadiran guru-guru SRI dan SMI ABIM seluruh negara. Majlis yang dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah dianjurkan buat pertama kalinya di kawasan Pantai Timur sebagai permulaan untuk mengorak langkah sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di negeri-negeri mengikut giliran selepas dianjurkan di peringkat pusat pada tahun lepas.---kemarin baru sudah...selesai....semua pakat letih...setelah hampir sebulan persiapan dilakukan...hanya untuk sekerat hari sambutan sahaja...walaupun ada sedikit kesilapan teknikal...itu perkara biasa...semua berpuas hati....tahun ini adalah bersejarah bg aku kerana 1st time celebrate hari guru as a GURU...hadiah?fush..byk kakloh la buleh...tp sedey jugop ingat time kito jd pelajar dulu dis...isk...aku pom kadang2 heran gana aku bleh duk aley kategori pendidik ni.....mungkin rezeki aku disini..mungkin ada hikmah disebalik liku-liku kehidupan seorang guru ini....hanya Allah yang tahu...tp aku bersyukur kerana kerjaya aku bermula sebagai seorang guru disebuah sekolah yang hanya guru disana sahaja tahu keadaannya....aku berikrar agar berjaya merubah serba sedikit suasana dan keadaaan disana dengan izin Allah...
kerjaya seorang guru bukan sahaja mendidik didalam kelas....tapi ianya akan berterusan....ajar kutip sampah...ajar beradab...pelbagai...aku disini byk dapat belajar dari orang2 lama...guru lelaki yang laen semuanya ustaz2..tok2 iman...hanya aku yang tak pakai kopiah...hehehe...alhamdulillah...aku berada di dalam suasana yang baik2...disamping mengajar..aku byk belajar erti dewasa...kehidupan dengan orang yang lebih tua....cuba memahami perasaan orang2 laen...walapon gaji tak seberapa..namum aku tetap gembira disini...
suka dengan suasana disini....rasa kasih kepada pelajar bagaikan kasih kepada anak2..walapon tok nikoh ag.......hush...kalu lepah ni aku g kijo laen pom..aku akey ingat aku jd chegu sinih.....starting kijo kat sri al hikmah....
kemarin aku kena gojoh...wak repot polis...g cek kat sepital....heran...dunia lowni diss...ado ag stail samseng masuk umah ore mai gojoh....muor aku masih ingat akan perlu akan kita hormat orang tua.....isk...malah panjey cito ni......bia polis selesaikan....