Sunday, April 25, 2010

mula kerja..


salam pagi..
ari ni bermula dgn 'easy monday'..hehee...mugo cuti 2 hari kan...rase semacam dialam percutian lg...semalam tido agak lewat..dalam jam 12 jugak..selepas tgk american chopper...dia buat 2 buah moto sekaligus semalam..satu untuk universiti of Machigan n satu ag untuk sekual'My Name Is Earl'..lawa..cantik dan bergaye..bila la ado peluang nak g temu dgn Paul Junior tu...hehehee...
pagi tadi pun agak lewat bergerak dr rumah...rase cam xsehat..mate ada bengkak n kuar nanah sikit...pastu my lovly wife pun pg2 lg dah 2 kali muntah...baby 'kenak' kot....dalam jam 8 lebih kot bertolah dr umah...jalan jem truk jugak...jam 9pg tu tgk sesak kat jalan raya lg...tiba2 bos tlepon...hehhe...natila bos sy sampai opis tlepon balik okay...rupa2 ibu bos aku xsehat...so dia sambung cuti seminggu lg...xde hall..semuga ibu bos cepat sembuh insyaAllah...
Byk juga kerja yg perlu dibereskan minggu ni...esok kena p cek bengkel rebuilt tu plak...dahla surat byk lg bos xsign..xde hal...nt kitaorang jawab kt public ye bos...xpun kena pg mintak pengarah sign plak...
Tahniah kepada YB Kamalanathan kerana berjaya merampas kembali Hulu Selangor dr Pakatan Rakyat....

Saturday, April 24, 2010

Al-Fatihah..

Anakanda yang ke 5 Ayah Haji Alias ( BRIGED BAKTI ) yang bernama Ahmad NasrulLah yang menuntut di Politeknik Kemaman ( dalam jurusan Eletrik/Eletronik ) meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang kira-kira jam 7.00 pagi 25hb April 2010.

Beliau terlibat dalam satu kemalangan semasa dalam perjalanan ke rumah temannya di highway Kuantan pada hari Jumaat 23 April 2010 yang lalu. Beliau meninggal dunia setelah mengalami pendarahan otak yang parah. Mayatnya dimandi dan dikapankan di Hostipal Kuantan dan akan dibawa pulang ke kampongnya, Dekat Masjid Padang Enggang, Pasir Hor Kota Bharu, Kelantan dan dijangka tiba pada jam 2.00 petang.

Sahabat-sahabat dijemput SOLAT JENAZAH di masjid Kg. Padang Enggang pada JAM : SELEPAS SOLAT ASAR ( HARI INI 25 APRIL 2010 ).

Tolong war-warkan kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali Ayah Haji.

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Dari Allah. Amin.

Kepada Keluarga Ayah Haji Alias, kami (ABIM/PPIK/WADAH) mendoakan agar diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk menempuh ujian dari Allah yang amat berat ini.

SETIAP UJIAN HANYASANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI HAKIKATNYA YANG SEBENAR.

Abah sekeluarga mengucap takziah ;

INNALILLAH WAINA ILAHI RAAJI'UN.

Sekadar tambahan...lebih kurang 2 minggu lepas seorang anak lelaki ayah haji telah meninggal dunia....dalam kurang lebih masa 2 minggu...2 org anak telah meninggal dunia...masyaAllah...besar sungguh dugaan keluarga Ayah Haji..semuga Allah terus memberi kekautan kepada seluruh ahli keluarganya..Amin..

dipetik dari laman FB ABAH(UST ZAHIDIN MAHMOOD)

Friday, April 23, 2010

MIRAE | Kenangan Program Jatidiri Briged Bakti



duk tgk video2 kut youtube..temu la video ni....cukup mengusik jiwa....tgh giat dan aktif dalam BBNK...miss u all...

Thursday, April 22, 2010

Apakah yang di maksudkan dengan pengubahsuaian pada kenderaan?


Menambah atau mengubah sesuatu peralatan atau bahan atau ciri-ciri yang telah sedia ada yang terdapat pada sesuatu kenderaan bermotor yang telah dilesen atau didaftarkan di mana perubahan dan penambahan tersebut berlainan daripada ciri-ciri asal yang
telah ditetapkan oleh pihak pengeluar.
Pengubahsuaian yang tidak memerlukan kelulusan

1. Pemasangan “air spoiler”.

Pastikan ketinggian dan kelebaran “air spoiler” tidak
melebihi ketinggian dan kelebaran badan asal kenderaan.

hujan yang lebat..


salam...lebat sungguh hujan pd ptg ni...aduu...takde sgt public dtg buat permohonan..bulis la rilek2 siket...hehehehe...selamat bawak broadband..wifi sini kena kilat..kandungan my wife minggu depan nak masuk 3 bln dos...xsabar rasenye menunggu...semoga selamat segalanya insyaAllah...dalam opis ni ada tiga org..semuanya sedang melayan 'muka buku'..hebat sungguh penangan 'benda' ni dih....

Saturday, April 17, 2010

alhamdulillah..

salam..alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi...kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kerana diberi kesenangan, keselesaan serta kekuatan untuk aku mengharungi kehidupan berumahtangga dan juga kerana menganugerahkan seorang isteri yang cukup memahami...semua ini kurasakan melengkapkan kehidupan disamping menunggu kehadiran penyeri keluarga kami tidak lama lagi insyaAllah...
Kehidupan bekerluarga sebenarnya amat enak,gembira,selesa dan segalanya ada padanya...lengkap berbanding kehidupan sebelum ini...perasaan bertanggungjawab akan mengatasi segalanya..lantas kesedaran akan menguntum mekar disebalik keadaan yang menimpa..Kegiatan bersama BBNK dan Abim rasanya sudah lebih 2 thn ku tinggalkan..kekadang tera juga kerinduan untuk bersama rakan2 menjadi fasi untuk program motivasi..memberi ceramah..mengikuti perkhemahan dan sebagainya..rindu itu mungkin hanya tinggal rindu sahaja..inilah putar kehidupan...namun aku bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk mengalami segalanya ketika bersama Abim dan BBNK..setahun menjadi guru di SRI Al-Hikmah juga satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan..inagat lagi hari ditemuduga oleh Mantan Guru Besar Sri..Al Fadhil Ust Faisal ( sekarang YDP Abim Kelantan)suatu ptg beliau menelefon aku yang ketika itu bersama emak didalam kereta..beliau menanyakan kesediaaku untuk mengajar di SRI...beliau suh mai interview...pikir2 pg je la dlu..mana tau dapat...pada pagi tu pilih la baju yang paling skema...pg la interview kat skolah...lepas tu dpatla..esok lusa trus dtg mengajar....fushhh dasyat...ari 1st sampai..semua budak panggil cikgu..sir..ada juga yg panggil ustaz...hahhaaaa....bermula la kerjayaku sebagai seorang guru si salah sebuah sekolah swasta yang berjaya dinegeri Kelantan...ikuti sambungannya dalam episod akan datang...