Monday, August 22, 2005

jangan tinggalkan solat ye..

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa
Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa
yang mengabaikan solat secara berjemaah maka
Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang
merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan
dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari
usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin
daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak
mati, antaranya :

1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang
sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh
air laut.
2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh
dicabut keluar.
3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika
berada di dalam kubur, antaranya :-

1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan
malaikat mungkar dan nakir yang sangat
menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua
tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu
jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api
neraka

No comments: