Saturday, April 24, 2010

Al-Fatihah..

Anakanda yang ke 5 Ayah Haji Alias ( BRIGED BAKTI ) yang bernama Ahmad NasrulLah yang menuntut di Politeknik Kemaman ( dalam jurusan Eletrik/Eletronik ) meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang kira-kira jam 7.00 pagi 25hb April 2010.

Beliau terlibat dalam satu kemalangan semasa dalam perjalanan ke rumah temannya di highway Kuantan pada hari Jumaat 23 April 2010 yang lalu. Beliau meninggal dunia setelah mengalami pendarahan otak yang parah. Mayatnya dimandi dan dikapankan di Hostipal Kuantan dan akan dibawa pulang ke kampongnya, Dekat Masjid Padang Enggang, Pasir Hor Kota Bharu, Kelantan dan dijangka tiba pada jam 2.00 petang.

Sahabat-sahabat dijemput SOLAT JENAZAH di masjid Kg. Padang Enggang pada JAM : SELEPAS SOLAT ASAR ( HARI INI 25 APRIL 2010 ).

Tolong war-warkan kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali Ayah Haji.

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Dari Allah. Amin.

Kepada Keluarga Ayah Haji Alias, kami (ABIM/PPIK/WADAH) mendoakan agar diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk menempuh ujian dari Allah yang amat berat ini.

SETIAP UJIAN HANYASANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI HAKIKATNYA YANG SEBENAR.

Abah sekeluarga mengucap takziah ;

INNALILLAH WAINA ILAHI RAAJI'UN.

Sekadar tambahan...lebih kurang 2 minggu lepas seorang anak lelaki ayah haji telah meninggal dunia....dalam kurang lebih masa 2 minggu...2 org anak telah meninggal dunia...masyaAllah...besar sungguh dugaan keluarga Ayah Haji..semuga Allah terus memberi kekautan kepada seluruh ahli keluarganya..Amin..

dipetik dari laman FB ABAH(UST ZAHIDIN MAHMOOD)

No comments: